Tuesday, June 21, 2011

RENDANG DAGING

Kali ni nak kongsi resepi masakan orang minang.
Resepi rendang daging ni dari mak saya..

Bahan2 :

1kg daging batang pinang
Santan dari 3 biji kelapa
1/2 kilo bawang merah*
5-6 biji bawang besar*
3-5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
*dikisar halus*
1 inci lengkuas-dihiris
1 sd besar kerisik
2 btg serai
Sehelai daun kunyit
Cili kering yg dah dikisar-ikut kepedasan masing2 la.Saya letak dlm 3 senduk nasi.Alaaa..dlm 200gm gitu laa..
cili api -kalau2 nk lg pedas la..blender jer skali dgn bahan kisar tadi.
2 helai daun limau purut
Garam

Cara2 membuatnya :
Daging di potong kiub.
Santan dimasak sehingga gelap warnanya,masukkan bahan kisar,lengkuas,serai dan daun kunyit.
Masak sehingga keluar minyak.Masukkan daging.Perlahankan api,masukkan kerisik dan garam.rendang hendaklah dikacau selalu supaya tidak mudah hangit.Akhir sekali masukkan daun limau purut.Kacau hingga rendang kering..

NOTE :
1KG DAGING-3 BIJI SANTAN KELAPA
2KG DAGING-5-6 BIJI SANTAN KELAPA

Resepi rendang minang ni lg banyak santan n bawang lg sedap rasanya..
Saya ada sedikit info tentang Minangkabau.Itu pun dr sumber kat sini.

MINANGKABAU

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau".
Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau.Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor.
Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam,meraka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat.
Seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an
Suku Minang mempunyai masakan khas yang popular dengan sebutan Masakan Padang.
.

AYAM GORENG REMPAH

Lama tul x bukak blog...sibuk menjahit baju kurung kanak2 tuk dijual raya nnt.
Resepi kali ni saya dah pernah cuba..lagi lama diperap lagi terasa rempahnyerr..selamat mencuba!


Bahan-bahan :

1 ekor ayam-dipotong kecil
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* 
*ditumbuk*
3 sd besar serbuk cili
2 sd kecil serbuk ketumbar
2 sd kecil serbuk jintan manis
3-4 sd besar tepung jagung
1 sd kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak

Cara penyediaan :
Satukan ayam yg telah dibasuh dan d toskan dgn semua bahan hingga sebati.*telur saya pukul sedikit dgn garfu,baru dicampur skali*
Perap ayam selama 2-3 jam.
Goreng dalam minyak yg banyak dgn api yg sederhana sehingga garing.