Showing posts with label cakes. Show all posts
Showing posts with label cakes. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

KEK CHOC MOIST

ASSALAMMUALAIKUM....

Kek coklat moist ni da lama buat..baru ari ni nk letak dlm blog.Saya buat 2 versi kek choc,satu saya bakar..satu lg saya kukus cam biasa.Bagi saya klu nak wat choc moist ni lagi ok klau kukus sbb terasa moist nyerrrr.Saya ambil resepi ni dlm fb Jom Masak!Banyak benda leh kite blajar kat jom masak ni..sape2 yg x brape pandai masak cam saya ni leh la blajar kat Jom Masak !mcm2 info leh kite dpt.Kek choc moist ni ada 2 resepi,saya ambil resepi yg klik pd gambar kt Jom Masak.





So jom la nengok resepinyerr yeeerrr...mmmm...seeedddaaaaappp..rugi x try!!

- 1 cwn serbuk koko
- 1 cwn susu segar perisa coklat atau susu cair
- 1 cwn gula perang
- 1/2 cwn susu pekat
- 1 cwn minyak
** masak sume ni atas api...bagi sebati....ttup api...bia je situ

- 2biji telur
- esen vanila
** pukul ngan whisk je....masukkan skali esen (x tau whisk tu apa...pemukul telur yg cam org guna nk wat telur dadar)

- 1 1/4 cwn tepung gndum
- 1 sdt baking powder
- 1 sdt soda bikarbonat
** ayak sume ni

cara2
- masukkan adunan koko td kedalam telur yg dah dipukul....kacau sebati....masukkan tepung gndum sikit2...kacau lagi biar sebati

- tuang dlm loyang yg dah di gris & alaskan ngan baking paper
- kukus sejam...ttup loyang ngan aluminium foil utk elakkan air menitik

- kalo pilih bakar....pun boleh....160...sejam atau hingga masak...api atas bawah

topping...
- 1/2 cwn serbuk koko
- 1/2 cwn ssu pekat
- 2sdb gula perang ( x nk letak pun x pe )
- 2sdb butter/marjerin


**kalo nk simpan kek ni dlm peti ais....time nk mkn kna kuakan dlm 1/2 jam sblm mkn...kalo x...keras...kna tggu lembut semula baru sdp mkn

** masak sume ni atas api atau double boil...boleh siram atas kek....jika nk jenis banjir...boleh siram time ganache panas...jika nak biasa2....tggu hingga suam sket...baru tuang atas kek

Saturday, February 18, 2012

KEK BATIK ARORA





Assalammualaikum...

Dah lama betul x bukak blog nie.Semalam terasa nak buat kek,,,,view blog blogger popular cik mat gebu dari Dapur Tanpa Sempadan ,memang tergoda tul nengok kek batik arora dia..anak terus menjerit2 suh buat kek ni.Memang cantik tul corak kek mat gebu tu.huhuhu..corak saya x menjadi n x cukup syarat..4 kaler jerr.Kak Azlita Aziz n Mr.Ady pun dah buat kek ni.Saya minat view blog mereka ni.Resepi ni saya copy dr blog mat gebu,cuba la..anak2 gerenti suka sbb kaler dia meriah sgt2...


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega
100 gram gula kastor
3/4 cawan susu pekat manis
250 gram tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda (pilihan mat gebu seperti di bawah)
Pewarna oren = perisa oren
Pewarna merah = perisa stoberi
Pewarna violet/ungu = perisa blueberry
Pewarna coklat = perisa coklat emulco
Pewarna hijau = perisa pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit.
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
Ambil satu bahagian gunting bucu plastik tadi, dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak. Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap.
Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan...

Saturday, January 22, 2011

BROWNIES KUKUS

BROWNIES

Bahan2 :

  • 100gm gula castor
  • 150ml susu cair
  • 100ml susu pekat manis
  • 150gm marjerin
  • 50gm serbuk koko
  • 150gm tepung gandum
  • 1sd teh baking powder
  • 1/2 sd teh soda bicarbonate
  • secubit garam
  • 2 biji telur gred A

Cara membuatnya :

  1. Masak di atas api,gula castor,susu pekat,susu cair dan marjerin hingga larut.
  2. Larutkan koko dgn beberapa sudu adunan susu dan marjerin tadi.Tuang kesemua adunan susu dan kacau sebati hingga larut kesemuanya.Masukkan telur dan kacau sebati.Ayak tepung,baking powder,soda bicarbonate dan secubit garam.
  3. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan koko.
  4. Tuang dlm loyang dan kukus selama 45min-1 jam.Sejukkan dahulu sebelum dituang ganache.

CHOC GANACHE

Bahan2 :

  • 150gm whipping cream
  • 200gm cooking chocolate
  • 1/2 sd teh marjerin
  • 1 sd teh madu untuk mengilatkan ganache

cara membuatnya :

  1. Masak whipping cream hingga berbuih.Angkat dr api dan masukkan cooking chocolate yg telah dikiubkan.Kacau sebati.Masukkan marjerin dan madu.Kacau rata.

Friday, January 7, 2011

PANCAKE

bahan2:

  • 200gm tepung gandum
  • 1 sd besar serbuk penaik
  • 2 biji telur
  • 3 sd besar gula
  • 2 sd besar mentega yg telah di cairkan
  • 250 ml susu cair
  • 1 sd kecil esen vanilla


cara membuatnya:

  1. Campurkn tepung dan serbuk penaik dlm satu mangkuk.
  2. Dlm mangkuk yg lain pukul telur dan gula.(saya masuk dlm blender jer..senang skit.)
  3. Campurkan mentega yg telah dicairkan tdi dan esen vanila ke dlm bancuhan.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dgn susu.Gaul sehingga sebati.
  5. Panaskn kuali leper yg disapukan sedikit mentega dan tuangkan satu senduk adunan pancake keatas kuali.
  6. Semasa memasak pastikan api tidak begitu kuat.Atas permukaan pancake tu nnt ada macam buih2,bila buih2 tu pecah boleh la terbalikkn pancake tu.klu xde buih2 tu maknanyer pancake anda tu x jdi la cam pancake saya sebelum2 ni...huhuhuhuu.

Wednesday, January 5, 2011

KEK TEPUNG BERAS

Bahan-bahan :

1cwn gula halus
1cwn majerin
3 biji telur
1 s/kecil esen vanilla
1 cwn tepung beras
1 cwn tepung kek blue key
1btl coklat urai ( utk hiasan )

Cara-cara

1) pukul gula n majerin/mentega sampai kembang
2) Masukkkan telur satu-persatu
3) Masukkan esen vanilla
4) Masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit. Setelah adunan sebati.masukkan aduna ke dalam loyang. Selepas itu,coklat urai bolehlah ditabur ke atas adunan
5) Akhir sekali bakar adunan dalam oven.
6) Sedia dihidang.

KEK MARBEL SUSU

 
Bahan-Bahannya :
 
  • 250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
  • 230 g gula halus
  • 2 camca teh ovallate
  • 4 biji telur gred A
  • 270 g tepung halus*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 60 g susu pekat manis
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 2 camca besar susu cair
  • 1 camca teh coklat emulco


Cara membuatnya :
 
Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..