Tuesday, June 21, 2011

MINANGKABAU

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau".
Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau.Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor.
Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam,meraka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat.
Seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an
Suku Minang mempunyai masakan khas yang popular dengan sebutan Masakan Padang.
.

No comments:

Post a Comment