Tuesday, June 21, 2011

RENDANG DAGING

Kali ni nak kongsi resepi masakan orang minang.
Resepi rendang daging ni dari mak saya..

Bahan2 :

1kg daging batang pinang
Santan dari 3 biji kelapa
1/2 kilo bawang merah*
5-6 biji bawang besar*
3-5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
*dikisar halus*
1 inci lengkuas-dihiris
1 sd besar kerisik
2 btg serai
Sehelai daun kunyit
Cili kering yg dah dikisar-ikut kepedasan masing2 la.Saya letak dlm 3 senduk nasi.Alaaa..dlm 200gm gitu laa..
cili api -kalau2 nk lg pedas la..blender jer skali dgn bahan kisar tadi.
2 helai daun limau purut
Garam

Cara2 membuatnya :
Daging di potong kiub.
Santan dimasak sehingga gelap warnanya,masukkan bahan kisar,lengkuas,serai dan daun kunyit.
Masak sehingga keluar minyak.Masukkan daging.Perlahankan api,masukkan kerisik dan garam.rendang hendaklah dikacau selalu supaya tidak mudah hangit.Akhir sekali masukkan daun limau purut.Kacau hingga rendang kering..

NOTE :
1KG DAGING-3 BIJI SANTAN KELAPA
2KG DAGING-5-6 BIJI SANTAN KELAPA

Resepi rendang minang ni lg banyak santan n bawang lg sedap rasanya..
Saya ada sedikit info tentang Minangkabau.Itu pun dr sumber kat sini.

MINANGKABAU

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau".
Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau.Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka utamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor.
Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam,meraka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat.
Seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an
Suku Minang mempunyai masakan khas yang popular dengan sebutan Masakan Padang.
.

AYAM GORENG REMPAH

Lama tul x bukak blog...sibuk menjahit baju kurung kanak2 tuk dijual raya nnt.
Resepi kali ni saya dah pernah cuba..lagi lama diperap lagi terasa rempahnyerr..selamat mencuba!


Bahan-bahan :

1 ekor ayam-dipotong kecil
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* 
*ditumbuk*
3 sd besar serbuk cili
2 sd kecil serbuk ketumbar
2 sd kecil serbuk jintan manis
3-4 sd besar tepung jagung
1 sd kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak

Cara penyediaan :
Satukan ayam yg telah dibasuh dan d toskan dgn semua bahan hingga sebati.*telur saya pukul sedikit dgn garfu,baru dicampur skali*
Perap ayam selama 2-3 jam.
Goreng dalam minyak yg banyak dgn api yg sederhana sehingga garing.

Friday, February 25, 2011

BADAK BERENDAM

Bahan2 (A) :

1 biji kelapa parut-putih saja
1 ketul gula melaka-ikut rasa anda
Daun pandan
Sedikit air

Bahan2 (B) :

1 liter santan
2sd besar tepung jagung
secubit garam

Bahan2 (C) :

1 pkt tepung pulut
pewarna hijau-diambil dr ekstrak daun pandan
Secubit garam
air untuk menguli

Cara membuatnya :

Satukan kesemua bahan A dan masak untuk dijadikan inti kelapa.
Uli bahan C seperti membuat onde2.Isikan inti kelapa tadi dan bulat2kan.
Panaskan air dlm periuk dan rebus adunan yg telah dibulat2kan tadi.
Adunan akan timbul bila dah masak.Masukkan kedalam mangkuk...
Masak bahan B diatas api yg perlahan dan kacau sentiasa hingga pekat.
Tuang kedalam bekas yg berisi adunan tadi.Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.....

Sunday, February 20, 2011

HOMEMADE ICE CREAM

resepi ni saya ubah skit..resepi asal guna 1 tin susu pekat.Bagi saya,1 tin tu manis sgt2 so saya kurangkan menjadi 1/2 tin jer.Senang jer nak buat,try la.....





Bahan2 :

1/2 tin susu pekat
1 tin air
1 biji telur
1 sdb ovallete
sedikit esen vanila
perisa yg anda suka

Cara membuatnya :

Pukul semua bahan dgn cake mixer sampai kembang n gebu.Masukkan dalm peti ais,biar beku.
Bila dah beku keluarkan dari peti sejuk dan blend lagi skali.Kalau xnak pun x pe,leh terus makan.Tujuan blend skali lg tu untuk bagi texture ais krim tu lg gebu.

Thursday, February 17, 2011

NASI TOMATO

Bahan2 :

500 gm beras wangi*
500 gm beras biasa*  *dibersih & ditoskan*
**klu nk gantikan dgn 1kg beras basmathi pun ok gak..
1.5 litter air
150 gm minyak sapi -klu de yg x suka letak minyak sapi leh la tukar guna marjerin
150 ml tomato puri
100 gm badam hiris -dibakar
80 gm kismis
Bawang goreng
Sedikit garam

Bahan (A) :

3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar - dihiris

Bahan (B) dikisar :

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1sm halia

Cara membuatnya :

Panaskan minyak sapi dlm periuk.Tumis bahan (A).
Masukkan bahan (B).Kacau hingga berbau.
Kemudian masukkan tomato puri.Kacau selama 2 minit.
Masukkan campuran beras wangi dan beras biasa.
Kacau selama 5 minit atau sehingga kering airnya.
Seterusnya masukkan air dan garam secukup rasa.Kacau dan tutupkan periuk.Masak dlm rice cooker mcm biasa.Nak masak nasi atas dapur pun leh gak..saya masak versi express jer,senang.Setelah nasi kering,taburkan bawang goreng,kacang pis dan badam hiris.

NOTE: Nasi tomato biasanya dimakan bersama ayam masak merah.Kalau nak nasi tomato ni bau harum..letakkan beberapa tangkai daun pudina setelah air nasi kering..

Monday, February 7, 2011

APAM POLKA DOT



Resepi kali ni saya ambil dr umi maslinda kongsi resepi..1st time wat,dot-dot dia x berapa menjadi huhuhu..senang jer nak wat.Kalau nak dot-dot tu menjadi..pastikan adunan anda x cair sgt.Gambar ni ambil pakai hp jer..camera da x leh pakai huh!!Asyik sakit jer camera ku....tapi kira ok la ni dari xde gambar langsungkan.

Bahan2 :

3 biji telur sejuk dari peti ais
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar @150ml air +5 scoop susu tepung
3 sd teh baking powder
1 sd teh ovalete
filling blueberry @ stock jam dlm peti ais ikut suka
pewarna

Cara membuatnya :

Masukkan semua bahan apam ke dlm mngkuk mixer dan pukul dgn kelajuan maxima 6-8 minit sampai kembang.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.*jgn letak pewarna banyak sgt coz nnt apam leh jdi pahit.
Masukkan setiap warna kedlm piping bag @ plastik bersih.
Picitkan adunan separuh kedlm mangkuk kertas.
Letakkan filling secukupnya.
Picit lg adunan yg sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh.Kemudian dot-dotkan dgn warna pilihan...
Kukus selama 10 minit.

Tuesday, February 1, 2011

PUDING ROTI CARAMEL



Bahan A :

  • 1/2 cwn gula (dicairkan dlm loyang yg nk dikukuskan nnt.)

Bahan B :

  • 1 buku roti (10 keping)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air buah dari fruit cocktail / peach
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn gula
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 sdb tepung kastard

Hiasan :

  • 1 tin buah cocktail / peach

Cara membuatnya :

  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktail dan tapis.
  3. Masukkan bancuhan ke dalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
  4. Tutupkan loyang dgn plastik glaze nipis.
  5. Kukuskan selama 30 minit.
  6. Sejukkan dahulu baru diterbalikkan dlm pinggan besar.
  7. Susunkan dgn perlahan-lahan isi buah fruit cocktail atau buah peach.
  8. Sejukkan..
*Resepi ni saya ambil dari Hanieliza fotopages.

PUDING ROTI KUKUS




Bahan2 :

  • 1 bungkus roti
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 tin susu gula
  • 4 biji telur
  • 3 sdb mentega

Cara membuatnya :

  1. Rendamkan roti dgn air suam separuh lembab.
  2. Pukul telur,mentega dan gula sampai kembang.
  3. Tuangkan adunan yang dipukul tadi kedalam roti.Gaul sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan susu cair dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan dalam acuan yg telah dilantik dengan kertas minyak / bekas tahan panas yg disapu dgn sedikit mentega.
  6. Kemudian kukus selama 1 jam.
  7. Setelah sejuk masukkan puding tersebut dlm peti ais.

Friday, January 28, 2011

CHOCOLATE MACAROONS

Bahan2 (30 keping bergantung pada size ) :

  • 110gm gula aising
  • 65 gm serbuk badam (ground almond)
  • 13 gm serbuk koko
  • 60 gm putih telur-dlm 2 biji
  • 20 gm gula castor
  • secubit cream of tartar

Filing  (Boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2) :

  • 120 gm cream cheese
  • 1 camb jus lemon
  • 2 camb gula aising
  • 1 camb whipping cream
  • parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

Cara :

  1. Ayakkan gula aising,serbuk badam dan serbuk koko.Ketepikan.
  2. Pukul putih telur dgn cream of tartar sehingga berbuih.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dgn spatula adunan tidak mudah jatuh )
  4. Kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dlm piping bag.
  6. Dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yg telah digris atau dilapik dgn non-stick paper sebesar 2.5cm.
  7. Lakukan sehingga habis.
  8. Setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin.
  9. Ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras.
  10. Kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 minit atau sehingga keras.
  11. Biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan  dengan filing.

Untuk membuat filing :

  1. Ayakkan dulu gula aising,kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati.
  2. Simpan di dlm frige lebih kurang 1 jam sebelum digunakan.

NOTES & TIPS :

Guna pisau yg tajam untuk kikiskan dr dulang pembakar  atau non-stick dan hati2 kerana ianya mudah rapuh.Sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dgn non- stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat.Remove macaroons from the parchment paper-they should be removed as soon as they come from the oven.You will need to create moisture under the cookies.Carefully loosen the parchment paper,lifting the paper,pour a little hot water under the paper. the water may bubble and steam.
Allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds,then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack.

Saturday, January 22, 2011

BROWNIES KUKUS

BROWNIES

Bahan2 :

  • 100gm gula castor
  • 150ml susu cair
  • 100ml susu pekat manis
  • 150gm marjerin
  • 50gm serbuk koko
  • 150gm tepung gandum
  • 1sd teh baking powder
  • 1/2 sd teh soda bicarbonate
  • secubit garam
  • 2 biji telur gred A

Cara membuatnya :

  1. Masak di atas api,gula castor,susu pekat,susu cair dan marjerin hingga larut.
  2. Larutkan koko dgn beberapa sudu adunan susu dan marjerin tadi.Tuang kesemua adunan susu dan kacau sebati hingga larut kesemuanya.Masukkan telur dan kacau sebati.Ayak tepung,baking powder,soda bicarbonate dan secubit garam.
  3. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan koko.
  4. Tuang dlm loyang dan kukus selama 45min-1 jam.Sejukkan dahulu sebelum dituang ganache.

CHOC GANACHE

Bahan2 :

  • 150gm whipping cream
  • 200gm cooking chocolate
  • 1/2 sd teh marjerin
  • 1 sd teh madu untuk mengilatkan ganache

cara membuatnya :

  1. Masak whipping cream hingga berbuih.Angkat dr api dan masukkan cooking chocolate yg telah dikiubkan.Kacau sebati.Masukkan marjerin dan madu.Kacau rata.

Wednesday, January 19, 2011

Nalfiza's Kitchen: IKAN KERING MASAK LEMAK NENAS

Nalfiza's Kitchen: IKAN KERING MASAK LEMAK NENAS: "Bahan2 : 1 biji nenas (masak) 1 biji kelapa (ambil santan pekat 3 cawan)boleh lebihkan jika suka,tapi jgn sampai cair. 15 tangkai cili padi..."

IKAN KERING MASAK LEMAK NENAS

Bahan2 :

  • 1 biji nenas (masak)
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat 3 cawan)boleh lebihkan jika suka,tapi jgn sampai cair.
  • 15 tangkai cili padi*
  • 2 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • kunyit hidup sebesar ibu jari*  *dikisar*
  • 2 batang serai dititik
  • 4 sd besar gula..ikut suka nk letak ke tidak.saya x letak pun.
  • ikan kering or ikan sepat/ikan kurau,secukupnya (ikan hendak la direndam 15 minit).Buang airnya.

Cara membuatnya :

  1. Basuh ikan kering yg telah direndam dan masukkan kedlm periuk.
  2. Potong nenas dan dihiris jgn terlalu nipis.Letakkan ke dlm periuk ikan kering tdi.
  3. Masukkan bahan kisar, serai dan gula jika suka.Jerangkan diatas api sederhana.Kacau.Biarkan selama 5 minit
  4. Masukkan santan dan dikacau.Jika ikan tidak cukup masin boleh la di tambah garamnya.Bila dah masak hidangkan bersama nasi putih.Sedap di mkn dgn ikan goreng dan petai...

Friday, January 14, 2011

PENGAT PISANG

Macam2 resepi pengat pisang ni sebenarnyer yg saya jumpa dlm majalah n internet,de yg letak sagu,jagung manis or tepung bubur cha cha.Terpulang la pada selera masing2..resepi kali ni  campur tepung bubur cha cha.slalu saya letak sagu jer.

Bahan2 :

  • 1 sisir pisang.Buangkan kulit dan potong serong tiga.
  • 1 biji gula melaka
  • 1 bungkus tepung bubur cha cha
  • 1 kotak santan
  • 2 helai daun pandan dan disimpul
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya :

  1. Bersihkan dan bilas tepung bubur cha cha.
  2. Tepung bubur cha cha di rebus didlm air yg di campur daun pandan selama 5 minit.
  3. Masukkan pisang, gula melaka,gula pasir dan garam secukup rasa.
  4. Apabila sudah mendidih,tuangkan santan dan kacau.
  5. Masak seketika dan rasa gulanya..klu dah ok pe lagi kite hidangkan la..

Thursday, January 13, 2011

SAYUR KACANG PANJANG RENCAH BILIS

Bahan2 :

  • 20 tangkai kacang panjang
  • 10 ekor ikan bilis
  • 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • sedikit garam

Cara membuatnya :

  1. Kacang panjang di patah2kan saja.Basuh dan toskan.
  2. Tumbuk ikan bilis bersama cili merah dan bawang tetapi jgn terlalu hancur.
  3. Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
  4. Masukkan kacang panjang dan sedikit garam.Kacau dan tutup sekejap.Angkat bila kacang hampir empuk.

Monday, January 10, 2011

ROJAK BUAH



Bahan2 :
  • 20 tangkai cili kering-klu nak pedas tambah la lagi..
  • 2 cwn gula pasir
  • 1 cwn gula merah / gula kabung
  • 1 inci belacan  ( dibakar )
  • 5 sd besar otak udang
  • 5 sd besar sos tiram
  • Sebotol kecil kicap lemak
  • Garam secukup rasa
  • Bijan-digoreng tanpa minyak
  • Buah2an -timun,sengkuang,mangga,jambu,nenas,kedondong dll..ikut suka la.

Cara nak buat..:

  1. Rendam cili dgn air panas.Kemudian goreng tanpa minyak hingga kering.Bakar belacan hingga naik bau.
  2. Kisar cili,gula,gula merah,belacan,otak udang,sos tiram dan kicap bersama air hingga betul2 halus.
  3. Masak bahan kisar ini diatas api kecil hingga pekat dan licin.kena sentiasa mengacaunya untuk elak ia menjadi gula hangus.Tambahkan air jika perlu.
  4. Masukkan garam secukup rasa.Bila dah pekat masukkan bijan yg telah digoreng tanpa minyak.dah siap!boleh la diangkat dan dibiar sejuk.Potong buah-buahan,tuangkan kuah rojak tadi dan tabur kacang tumbuk jika suka.

NOTE : Boleh juga dibuat kuah untuk sotong kangkung...

DAGING MASAK KURMA

Bahan2 :

6oogm daging batang pinang-dipotong dadu
1 biji kelapa-ambil 1.2 liter santan
3 sd besar minyak masak
3 sd besar rempah kurma
1 keping asam keping
400 gm ubi kentang*
3 biji tomato*
2 biji bawang besar*
*Dibelah 4
2 biji cili merah**
2 biji cili hijau**
**Dibelah 2 jgn putus

Bahan (A) dikisar :

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan (B) :

2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

Cara membuatnya :

Panaskan minyak didalam periuk.Tumis bahan (B) diikuti dgn bahan (A).Kacau selama 2 minit.
Masukkan rempah kurma dan sedikit air.Kacau hingga keluar minyak.
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga kering airnya.
Seterusnya,masukkan santan dan asam keping.
Kacau hingga kuahnya menggelegak dan daging hampir empuk.
Akhir sekali,masukkan garam,kentang,tomato,cili merah dan cili hijau.Masak hingga empuk.

Saturday, January 8, 2011

PUDING TRIFFLE



Bahan2 :
 
Lapisan pertama :
  • 1 bungkus kek swiss roll /kek span (di potong)
 
Lapisan kedua :
 
  • 2 sd besar tepung kastard
  • 3 cwn susu segar
  • 3 sd besar gula
  • 1 biji telur
 
Lapisan ketiga :
  • 1 tin fruit cocktail
 
Lapisan keempat :
 
  • 1 kotak agar2 segera perisa strawberry
 
Cara membuatnya :

  1. Satukan kesemua bahan lapisan kedua dan masak sehingga pekat.Tapiskan.
  2. Kemudian tapiskan air buah-buahan campuran dan ambil buahnya sahaja.
  3. Masak jeli mengikut sukatan yg telah tersedia.Ketepikan.
  4. Susun kek yg telah dipotong tadi di dlm bekas kaca atau gelas.
  5. Tuang sedikit air buah-buahan tadi keatas kek.
  6. Tuang kastard hingga tertutup kek. susun buah-buahan campuran.Tuangkan jeli dan sejukkan.

DAGING MASAK HITAM MANIS

Sekali pandang,mak oooiii banyak nyerr bahan2 dia.tapi bila sekali makan mmm rasa nk masak ari2...

Bahan2:

  • 1 kg daging batang pinang
  • 7 ulas bawang putih-kisar
  • 5 labu bawang besar-kisar
  • 4 cm halia-kisar
  • 4 cm lengkuas-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 2 sd besar serbuk cili
  • 2 sd besar serbuk rempah kari daging
  • 1/2 sd besar serbuk lada hitam
  • 2 sd besar puri tomato
  • 2 sd besar kicap cair
  • 1 sd besar kicap pekat
  • 1 tangkai daun pudina
  • 2 biji tomato-cincang halus
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • 2 helai daun pandan
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga n bunga cengkih untuk menumis.
  • 2 sd besar minyak sapi
  • 1 cwn minyak masak

Cara membuatnya :

  1. Potong daging nipis..bersih dan toskan.
  2. Tumiskan bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga n bunga cengkih sehingga wangi dgn menggunakan minyak sapi dan minyak masak.
  3. Masukkan bahan kisar,serbuk cili,rempah kari daging,lada hitam dan tumis lg sehingga garing.Masukkan garam dan gula.
  4. Masukkan tomato puri dan kicap serta daging dan gaul rata.Masak mereneh dgn api yg perlahan sehingga agak kering.
  5. masukkan daun pandan,daun pudina serta bawang goreng dan masak lagi sehingga kuahnya agak kering sebelum ditutup api dan hidangkan.

AYAM MASAK MERAH

Bahan2:

1 ekor ayam-dipotong 8
150 ml sos tomato
3 sd besar tomato puri
2 biji bawang besar-dihiris
2 sd besar ketumbar*
1 sd kecil jintan putih*
1/2 sd kecil jintan manis*
*disangai dulu n dikisar berasingan
minyak masak
garam n gula pasir

Bahan A :

1 sd besar rempah kari
1 sd kecil serbuk kunyit
1 sd kecil garam

Bahan B (dikisar) :

5 biji cili merah
4 biji cili hijau
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 sm halia muda

Bahan C :

4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

NOTE : Disangai -digoreng tanpa minyak

Cara membuatnya :

Gaulkan ayam dgn bahan (A).Perap selama 30 min.
Panaskan minyak masak yg banyak dlm kuali.Goreng ayam hingga separuh masak.ketepikan.
Tinggalkan anggaran 3 sd besar minyak masak dlm kuali.Tumiskan bawang besar dan bahan (C).Kacau selama 2 minit.
Masukkan bahan (B) dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan pula jintan manis dan jintan putih.
Bubuh ketumbar.Kacau sampai berbau.Kemudian masukkan sos tomato,tomato puri,garam dan gula pasir.
Akhir sekali,masukkan ayam.Kacau supaya rata dgn kuah.Tambahkan sedikit air jika terlalu kering.Tutup kuali sebentar agar ayam cepat masak.Setelah pekat,tutupkan api.

NOTE : Ayam boleh diganti dgn daging.Tetapi daging tidak perlu digoreng.
            Cuma tambah air dan masak hingga kering.
            Dimakan bersama nasi tomato...sedappp...

Friday, January 7, 2011

Nalfiza's Kitchen: PANCAKE

Nalfiza's Kitchen: PANCAKE: "bahan2: 200gm tepung gandum 1 sd besar serbuk penaik 2 biji telur 3 sd besar gula 2 sd besar mentega yg telah di cairkan 250 ml susu cair 1..."

NASI AYAM HAINAN

Bahan2:
  • 500 gm beras wangi
  • 2 ulas bawang merah-dihiris-
  • 1 camca teh minyak bijan
  • garam secukupnya
  • stok ayam secukupnya
  • 1 kg ayam
  • 5 ulas bawang putih-dihiris-
  • 5 sm halia-dihiris nipis-

 
Bahan sos:
  • 4 biji cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
  • sedikit garam
  • 2-3 camca besar cuka*
  • 3 camca besar gula*   *ikut rasa
  • daun salad dan timun hiris sebagai hiasan

 
Cara membuatnya:
  1. Bersihkan ayam dan gaulkan bawang dan halia ke seluruh ayam dan kukus ayam hingga lembut.Simpan lemak ayam yg keluar untuk membuat sosnya dan untuk memasak nasi.Keluarkan dari pengukus dan potong kecil.
  2. Bersihkan beras dan toskan.Panaskan minyak bijan dan tumis bawang merah dan kemudian masukkan beras,lemak sayur dan stok secukupnya.Rasa garam dan biar hingga nasi lembut.
  3. kisar semua bahan sos dan dan tambahkan sedikit lemak ayam dan hidang bersama nasi dan ayam kukus.

 
**Hidang nasi,ayam kukus,sos,kicap cair jika suka dan sayuran kegemaran.**

PANCAKE

bahan2:

  • 200gm tepung gandum
  • 1 sd besar serbuk penaik
  • 2 biji telur
  • 3 sd besar gula
  • 2 sd besar mentega yg telah di cairkan
  • 250 ml susu cair
  • 1 sd kecil esen vanilla


cara membuatnya:

  1. Campurkn tepung dan serbuk penaik dlm satu mangkuk.
  2. Dlm mangkuk yg lain pukul telur dan gula.(saya masuk dlm blender jer..senang skit.)
  3. Campurkan mentega yg telah dicairkan tdi dan esen vanila ke dlm bancuhan.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dgn susu.Gaul sehingga sebati.
  5. Panaskn kuali leper yg disapukan sedikit mentega dan tuangkan satu senduk adunan pancake keatas kuali.
  6. Semasa memasak pastikan api tidak begitu kuat.Atas permukaan pancake tu nnt ada macam buih2,bila buih2 tu pecah boleh la terbalikkn pancake tu.klu xde buih2 tu maknanyer pancake anda tu x jdi la cam pancake saya sebelum2 ni...huhuhuhuu.

Wednesday, January 5, 2011

KEK TEPUNG BERAS

Bahan-bahan :

1cwn gula halus
1cwn majerin
3 biji telur
1 s/kecil esen vanilla
1 cwn tepung beras
1 cwn tepung kek blue key
1btl coklat urai ( utk hiasan )

Cara-cara

1) pukul gula n majerin/mentega sampai kembang
2) Masukkkan telur satu-persatu
3) Masukkan esen vanilla
4) Masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit. Setelah adunan sebati.masukkan aduna ke dalam loyang. Selepas itu,coklat urai bolehlah ditabur ke atas adunan
5) Akhir sekali bakar adunan dalam oven.
6) Sedia dihidang.

KEK MARBEL SUSU

 
Bahan-Bahannya :
 
  • 250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
  • 230 g gula halus
  • 2 camca teh ovallate
  • 4 biji telur gred A
  • 270 g tepung halus*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 60 g susu pekat manis
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 2 camca besar susu cair
  • 1 camca teh coklat emulco


Cara membuatnya :
 
Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..
 

KUIH KERIA

Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair).
Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.
 

Bahan-bahan
 

  • 500 gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air


Cara-cara
keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
toskan keledek dan lecek hingga lumat
campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata...golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.

WAJIK

(gambar sekadar hiasan)

Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik, dan pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya.
Diantara jenis penyediaan wajik yang paling biasa dilakukan adalah pulut yang digunakan itu dimasak sehingga lembut. Cara lain pula adalah pulut yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan menghasilkan rasa berkerutup apabila dimakan. Bagaimanapun cara ini jarang dilakukan kerana tidak ramai yang gemarkan rasa berkerutup ini kerana menganggapnya agak keras.
Selain itu wajik juga boleh dicampurkan dengan durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya mereka yang dari pantai timur.
Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih meluas semasa musim perayaan. Bagaimanapun disebabkan rasanya yang agak manis, sesetengah orang tidak menggemarinya.


Bahan2
 

  • 300 gm beras pulut
  • 150 gm gula nisan
  • 150 gm gula pasir
  • 2 biji kelapa diparut
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)



Cara
  1. Pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan. Kemudian pulut dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang.
  2. Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula nisan dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip.
  3. Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.

Saturday, January 1, 2011

BEBOLA KELEDEK BIJAN

Resepi ni saya dapat dari berita harian bulan Jun nyer..senang jer resepi ni tapi masa menggoreng perlu dilakukan dgn berhati2 supaya warnanya sekata,selain tak menyerap minyak ke dlmnya.


BAHAN2:
  1. 300gm keledek manis yg sudah dilenyek (rebus dan dibuang kulitnyer dan dilenyek ketika sudah sejuk)
  2. 200gm tepung beras
  3. 80gm tepung penaik
  4. 200gm bijan mentah
 
CARA MEMBUATNYER:

  • Masukkan tepung beras dlm bekas.
  • Masukkan keledek yg sudah dilenyek.
  • Masukkan tepung penaik supaya apabila masak ia akan jadi lebih bulat dan cantik.
  • Bentukkan adunan berkenaan menjadi bulat.
  • Lumurkan sedikit air pada bahagian luar sebelum digelek atas bijan mentah.
  • Gelek atas bijan, biar rata supaya cantik.
  • Masukkan kedalam minyak yg sederhana panas dan kacau kuih berkenaan perlahan-lahan supaya warnanya sekata.
  • Ia masak apabila bijan berkenaan betukar warna keemasan.
  • Apabila sudah masak besarkan api supaya minyak tidak terperangkap dalam kuih itu.
  • Tapis seketika sebelum dihidangkan bersama kopi panas.

SEDAP DIMAKAN KETIKA MINUM PETANG