resepi ayam masak halia ni saya dah cuba wat tpi terlebih black paper.time wat resepi ni x cukup bahan..tomato pun x letak...
Bahan-bahan :
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam
Bahan Hiris:
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, serbuk lada hitam dan sos tiram.
5. Masukkan garam secukup rasa dan Biarkan sehingga pekat.
6. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
7. Hidangkan
No comments:
Post a Comment