Wednesday, December 22, 2010

TEPUNG PELITA

Antara kuih kegemaranku...klu ada sesiapa yg ada resepi tepung pelita versi
lain kongsi2 la kat sini.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
5 cawan air
1 cawan gula
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah jadi
4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur
sedikit garam
daun pisang atau daun pandan secukupnyer untuk acuan.

Caranya:

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan dan boleh makan

No comments:

Post a Comment