Friday, January 28, 2011

CHOCOLATE MACAROONS

Bahan2 (30 keping bergantung pada size ) :

  • 110gm gula aising
  • 65 gm serbuk badam (ground almond)
  • 13 gm serbuk koko
  • 60 gm putih telur-dlm 2 biji
  • 20 gm gula castor
  • secubit cream of tartar

Filing  (Boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2) :

  • 120 gm cream cheese
  • 1 camb jus lemon
  • 2 camb gula aising
  • 1 camb whipping cream
  • parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

Cara :

  1. Ayakkan gula aising,serbuk badam dan serbuk koko.Ketepikan.
  2. Pukul putih telur dgn cream of tartar sehingga berbuih.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dgn spatula adunan tidak mudah jatuh )
  4. Kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dlm piping bag.
  6. Dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yg telah digris atau dilapik dgn non-stick paper sebesar 2.5cm.
  7. Lakukan sehingga habis.
  8. Setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin.
  9. Ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras.
  10. Kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 minit atau sehingga keras.
  11. Biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan  dengan filing.

Untuk membuat filing :

  1. Ayakkan dulu gula aising,kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati.
  2. Simpan di dlm frige lebih kurang 1 jam sebelum digunakan.

NOTES & TIPS :

Guna pisau yg tajam untuk kikiskan dr dulang pembakar  atau non-stick dan hati2 kerana ianya mudah rapuh.Sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dgn non- stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat.Remove macaroons from the parchment paper-they should be removed as soon as they come from the oven.You will need to create moisture under the cookies.Carefully loosen the parchment paper,lifting the paper,pour a little hot water under the paper. the water may bubble and steam.
Allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds,then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack.

No comments:

Post a Comment